Ditangkap bersama 83 gram ganja
BINTULU: Seorang lelaki ditangkap bersama 83 gram dadah jenis ganja dianggarkan bernilai RM 2,000.
Tangkapan lelaki warga tempatan berusia 37 tahun itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJN, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu,di sebuah rumah di Kampung Jepak,di sini, jam 11.30 malam Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili berkata, ketika ditahan,pihaknya telah melakukan pemeriksaan terhadap suspek.
"Hasil pemeriksaan menjumpai dua plastik lutsinar, satu paket mengandungi dedaun kering mampat disyaki ganja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya,pemeriksaan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif ganja.
Suspek ditahan di bawah Seksyen 39A (2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.