Sarawak catat "Kosong" lagi


KUCHING: Sarawak kembali tidak mencatatkan sebarang kes positif Covid-19 pada hari ini.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sebanyak sembilan kes telah sembuh dan discaj dari hospital, di mana lapan adalah dari Hospital Umum Sarawak dan satu kes dari Hospital Sibu.

"Sebanyak 64 kes PUI dilaporkan pada hari ini, mankala kes PUI yang masih menunggu keputusan makmal adalah sebanyak 55 kes," katanya.

Sarawak merekodkan 17 kes kematian dan 544 jumlah kes positif setakat ini. Bagi kessembuh pula ialah 399 kes.

Semalam, Sarawak merekodkan satu kes positif Covid-19 yang dilaporkan di Hospital Sibu.

Kes terbabit melibatkan pelajar yang pulang dari Temboro Karas Magetan, Jawa Timur Indonesia.

Ujian PCR telah diambil di Kuching (Hotel Pullman) sebanyak dua kali adalah negatif namun ujian ketiga oleh pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu adalah positif.
LihatTutupKomentar
Cancel