Tidak dibenar balik kampung antara daerah
KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri mengumumkan tidak dibenarkan pergerakan balik ke kampung antara daerah.
Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Bencana Negeri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pergerakan antara daerah ini termasuk aktiviti aktiviti kunjung-mengunjungi dan menziarahi kuburVdi musim perayaan Hari Raya dan Gawai.
“Tidak dibenarkan rumah terbuka perayaan serta aktiviti bersalaman dan bersentuhan dan yang terakhir, menziarah kubur, aktiviti tahlil dan kenduri Hari Raya,” katanya pada sidang media harian Covid-19, Khamis.
Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, pengumuman penting untuk memberi penjelasan kepada orang ramai bagi mengelakkan kekeliruan.
“Semalam apabila kita mengumumkan ramai masyarakat dah fikir nak balik kampung, sebab itulah penting untuk kita jelaskan (kepada orang ramai).
"Seperti yang saya umumkan kelmarin, kita mohon maaf kerana kita perlu untuk membuat keputusan sebegitu rupa.
“Kita tahu perasaan orang ramai yang ingin menyambut perayaan tapi di dalam keadaan berbeza dalam usaha memerangi COVID-19 untuk memastikan rantai virus ini dapat diputuskan,” ujarnya.
Semalam, JPBNS mengumumkan bahawa rumah terbuka perayaan hanya dibenarkan pada hari pertama sahaja dengan kapasiti kehadiran seramai 20 orang iaitu ahli keluarga dan jiran terdekat.
Sambutan Hari Raya dan Gawai, sambutan hanya dibenarkan hari pertama sahaja dengan kapasiti kehadiran seramai 20 orang iaitu ahli keluarga dan jiran terdekat.
2 Komentar
-
Unknown May 14, 2020 at 6:06 PM Kekal kan sja pkp tu-
Unknown May 15, 2020 at 11:52 AM ? walaupun kes semakin berkurangan tetapi vaksin untuk membunuh corona masih belum ditemui jadi sewajarnya PKP terus dilanjutkan
-