Projek Kilang Mini Ais Kampung Badong Daro siap tiga bulan lagi
DARO: Projek Kilang Mini Ais Kampung Badong Daro bernilai RM197,000 dijangka memberi manfaat kepada nelayan tempatan.
ADUN Daro, Safiee Haji Ahmad,
berkata, projek telah mula dilaksanakan pada pertengahan Februari dan dijangka siap dalam tempoh 3 bulan namun sedikit tertangguh akibat PKP.
"Alhamdullillah, sekarang kerja-kerja menyiapkannya telah disambung semula.
"Dengan siapnya projek ini nanti dapat membekalkan keperluan air batu/ais kepada para nelayan khususnya di Kpg Badong & sekitar Daro amnya," katanya menerusi hantaran Facebook ketika
meninjau pelaksanaan Projek Kilang Mini Ais Kampung Badong Daro semalam.
Turut hadir sama Pegawai Daerah Daro, Jurutera MDMD, & Pemimpin-pemimpin Masyarakat.
Beliau berkata, projek dilaksanakan di bawah Projek Transformasi Usahawan Desa Sarawak.
Katanya, ia merupakan hasil peruntukan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Industri dan Pembangunan Usahawan, Sarawak.