Rumah panjang RH Eloh tinggal rangka

135 tinggal sehelai sepinggang

BINTULU: Sebuah rumah panjang RH Eloh, Kampung banjai Sungai Segan, Ulu Sebauh hangus terbakar dalam kejadian kebakaran petang tadi.

Ketika kejadian kira-kira jam 2.21 petang tersebut menyebabkan 135 penduduk tinggal sehelai sepinggang apabila rumah hanya tinggal rangka.

PGO Sarawak menerima panggilan daripada pelapor melalui MERS 999 mengatakan ada berlakunya kebakaran rumah panjang iaitu Rh. Eloh. 

BBP Bintulu dikejarkan ke lokasi kejadian.

Balai Bomba Bintulu mengerahkan satu jentera dengan kekuatan 12 anggota diketuai PBK II Stephent Plen.

Mangsa mendirikan khemah sementara di kawasan lapang berdekatan rumah panjang yang terbakar.
LihatTutupKomentar
Cancel