Bersatu, Pas beri jaminan tidak bertanding di Sarawak


KUCHING: Sarawak diberi jaminan, dua parti Bersatu dan Pas tidak akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) ke-12 akan datang.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr. James Masing berkata, jaminan tersebut bukan sahaja akan memberi jalan kepada GPS untuk memerangi pembangkang, tetapi petanda baik parti komponen PN menghormati dan komitmen untuk membantu GPS Sarawak.

"Sarawak diberi jaminan oleh Tan Seri Muhyiddin (Presiden Bersatu) dan Datuk Seri Hadi Awang (Presiden PAS) kerana kedua-dua Parti mempunyai cabang di Sarawak, bahawa mereka tidak akan bertanding di Sarawak menjelang PRN12," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau menegaskan, GPS menyokong Tan Seri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan akan memberikan sokongan penuh kepadanya untuk memimpin PRU-15. 

"Dia memberitahu pertemuan itu (semalam) bahawa PRN-12 untuk Sarawak sudah hampir. GPS sudah siap. 4 parti komponen itu bersiap sedia untuk menentang pembangkang (DAP, PKR, PSB dan lain-lain). 

"Walaupun PN merupakan gabungan 12 parti politik yang longgar, semua ketua parti politik yang hadir, bersetuju agar Tan Sri Muhyidin Yassin memimpin pilihan raya menjelang PRU-15.

"Persefahaman ini baik untuk PN ketika menjelang PRU-15, tidak seperti PH yang masih dilanda pertikaian antara Mahathir, Anwar dan Shafie Apdal, mengenai siapa yang harus menjadi Perdana Menteri sekiranya PH memenangi pilihan raya  selepas PRU15," katanya.

Masing berkata, Tan Sri Muhyiddin dan pemimpin parti lain yakin dapat memenangi pilihan raya pada PRU-15, setelah masalah teknikal dalam Perikatan Nasional diselesaikan. 

"Dari pemerhatian saya, 'sejarah' dan keperibadian yang terlibat dalam parti politik dari Semenanjung Malaysia, terutama antara Bersatu dan UMNO, dan pelbagai parti komponen politik yang membentuk gabungan PN di Sabah, nampaknya sedang menunju jalan penyelesaian.

"Namun, saya yakin bahawa perincian teknikal di kalangan gabungan PN akan dapat diselesaikan. Cepat lagi baik," katanya.

Beliau menambah, faktor umum mendekatkan parti-parti dalam PN adalah keberatan mereka bersama dengan DAP menjadi sebahagian daripada gabungan.

"Dalam aspek ini MCA perlu memperkuatkan diri untuk memperjuangkan masyarakat Cina di Malaysia," katanya,
LihatTutupKomentar
Cancel