Projek Miri City Hall berjalan lancar

MIRI: Projek pembinaan bangunan baharu Majlis Bandaraya Miri (MBM) atau Miri City Hall di Marina Park berjalan lancar dan sudah siap 60 peratus.

Projek ini dilulus dan diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semasa majlis sambutan ulangtahun Hari Bandar Raya Miri pada 2019 membabitkan kos kira-kira RM70 juta.
Miri City Hall ini bakal menjadi ikon baharu kepada bandar raya ini sekaligus merancakkan sektor pelancongan di sini.

Datuk Bandar Adam Yii Berkata, projek tersebut berjalan lancar walaupun sebelum ini tertangguh berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
LihatTutupKomentar
Cancel