Rakyat digalak guna Sarawak Pay
KUCHING: Lebih 15,000 peniaga di seluruh Sarawak telah menggunakan aplikasi Sarawak Pay.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg sehubungan itu, rakyat Sarawak digalak berbelanja menggunakan aplikasi Sarawak Pay iaitu belanja tanpa tunai.
Menurutnya, perbelanjaan tanpa tunai dapat membantu meminimumkan hubungan dengan wang tunai dimana secara tidak langsung mengurangkan pemindahan virus COVID-19.
“Sebagai contoh, Laksa Sarawak Ani di Kampung No.6 di sini kini menerima Sarawak Pay.
"Beliau juga menggunakan Sarawak Pay untuk membeli bahan-bahan untuk laksa di pasaraya berhampiran dan menerima bayaran balik bagi urus niaga beliau,” katanya pada sidang akhbar hari ini.
Abang Johari menjangkakan lebih 250,000 pengguna menggunakan Sarawak Pay untuk berbelanja.
Beliau berkata, hamir semua pasar raya terkemuka seperti Everise, Everwin, H & L, Ta-Kiong, E-Mart, Supermarket BS, Pasar CS, Unaco dan Doremon di Sarikei dan Pasar Mini Hong Guan di Kapit menerima Sarawak Pay.